Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday 25 September 2015

Hutang Rindu; Sahabat

"Nurul, student cab dah sampai. Balik dulu ya."

Nurul cuma senyum, angguk. Nurul dan ija bersalaman dan peluk antara satu sama lain. 

"Jaga diri ya. Jangan nangis! Hahahahaha" Ija gelak kuat melihat Nurul menahan tangis. Nurul memang sejenis manusia yang penuh emosi. "Kak nurul memang penuh emosi." Teringat kata adik najwanya. 

Setelah berbulan tak bertemu, Nurul dan Ija diizinkan Allah untuk bertamu melunaskan rindu walau cuma dalam tempoh 5 hari. Tak sampai seminggu pun. Tipulah nurul tak terasa kehilangan sedikit sebab, nurul memasuki tahun akhir di kampus tanpa adik adiknya yang berkepit nakal dengannya. Ija dan Kak Jan. Ija dan Kak jan bergraduasi dulu kerana tempoh pengajian mereka berdua 3 tahun, Nurul pula berada dalam 4 tahun tempoh pengajian. 

Dalam tempoh 5 hari, Ija dan Nurul seolah olah kembali ke masa yang lepas, melakukan aktiviti biasa mereka, termasuklah mengajuk gaya kak jan kerana rindu kak jan yang teramat. Kak jan pula tak dapat bersama dengan mereka pada kali ini. Saban hari, mesej akan diberi kepada kak jan melaporkan aktiviti seharian. Termasuklah aktiviti tiru gaya kak jan.

Sahabat yang sudi menerima buruk kita sebagaimana dia meraikan lebihnya kita, dalam masa yang sama, dialah sahabat yang remind us about Allah, Rasulullah saw, perjuangan sahabat-sahabat Rasulullah saw, Nabi dan rasul terdahulu, pasal family, borak pasal isu semasa, isu ummat, layan lawak tak bijak kita, tolong cover kalau kita terkantoi buat lawak tak sengaja, sewajibnya kita hargai sahabat seperti ini. Mana nak cariii wehhh?? Alhamdulillah, Allah sudi pinjamkan mereka kepada aku. 

Laju Nurul memanifestasikan rasa rindu dalam diari kecilnya. 

Bak kata budak mato, Ukhwah ini ikatan tanpa tali, tapi berpaksi. Paksinya apa? Akidah yang teguh dan jalinan kasih sayang yang berhubung kerana Allah. 

  • Sama-sama happy, sama-sama saling membangkitkan bila one of us jatuh gedebuk;
  • Sama-sama saling ingat mengingatkan bila one of us mula rasa jauh dari Allah;
  • Sama-sama saling kuatkan pegangan bila one of us punya pegangan pada tali Allah mula terasa longgar; 
  • Sama-sama gila-gila dan layan lawak hambar dan gila masing-masing;
  • Sama-sama saling meraikan karakter unik masing-masing;
  • Sama-sama saling mendoakan dalam diam mahupun dalam perbualan. 
Maksud mendoakan dalam perbualan ni, contohnya Nurul, Ija, Kak Jan, dan Wa berbual-bual, Kemudian selaku mak dalam kumpulan, wa lebih matang berbanding budak 3 orang tu. Wa pun menuturkan doa secara tidak langsung seperti, "moga kita semua mati dalam husnul khatimah.." Mereka berempat pun sama-sama mengaminkan.. 

Jomlah kita semua bersahabat kerana Allah. Berkasih sayang kerana Allah. 

"Lapang dada dengan semua orang. Sebab Allah takkan cipta kelemahan sahabat kita melainkan untuk kita tampalkan dengan kebaikan." -budak mato-