Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Wednesday 13 January 2016

REJECTION? OH NO!

Perempuan itu
Yang ditolak tolak ke tepi
Dibiar menghitung sendiri
Rupanya ternyata sia-sia dalam sepi

Perempuan itu
Yang dulunya tersendu sendu tangisnya
Kini berdiri gagah menghadap dunia
Mengejar cita dan cinta yang maha esa

Perempuan itu
Tunduk senyap, sesekali menyeka air mata
Lalu tegak kembali, menapak lagi dan lagi. 
Cari dan gali redha Tuhan untuk dibawa ke mati nanti.

"Hey mak cik! Puisi baru?"

Eppi senyum, angguk. Sebab mood dia happy hari ni, tak dia kisah pun sergah gempita si Acha. 

"Baca sikit." Acha ambil buku koleksi puisi Eppi dari tangan sahabatnya itu. 

Suasana senyap.

"Nah.." Acha letak semula buku di atas meja.

Acha senyum. "Moga-moga perempuan itu terus kuat, kerana Allah." Acha bersuara lagi, digenggamnya tangan Eppi. 

Eppi angguk, senyum. "Well, kena reject dengan Tuhan lagi parah daripada kena reject dengan insan, kan.." Eppi angkat kening sebelah. 

Acha gelak. "Mestilah!!! Ada satu quote ni. Kalau manusia tolak kita, kita still ada Allah. Tapi kalau Allah dah tak pandang kita, semut lalu depan pun dia tak jeling kat kita weh!" 

"Dasyat! Semut pun tak nak pandang, huwaaa. Naudzubillahhi Min Dzalik.. Moga akhir kita semua indah."

Acha senyum, angguk."Amin.. Jom aiskrim?" 

"Nama aku Eppi, not Amin.." Eppi sengih. 

"Kau nak aku tolak kau terperosok bawah meja kat cafe ni?" Acha angkat kening sebelah, balas sengih nakal Eppi. 

Eppi lekas geleng kepala. "Tak nak! Nak ais krim.." 

Acha julingkan mata. Terus dia tarik tangan Eppi tinggalkan cafe. Menunggu loyar buruk si Eppi ni habis, sampai esok lah bertekak, sudahnya ais krim pun ke mana.

                                                                ***

Eppi scroll timeline twitternya, ternampak tweet agcoco. Ternampak, whatever~

"Rejection might be the worst feeling, but it's a redirection from Allah swt, seek acceptance. (emoji lambai tangan) "

                                                               ***

quote semut pun tak nak pandang tu aku reka. hahahaha. tapi nak diibaratkan macam tu la. Hilang isi dunia, ada Allah. Tapi kalau Allah dah tolak kita ke tepi daripada pandang Dia, apa lah yang tinggal untuk disudikan pada kita lagi. Maka, untuk diri sendiri, dan untuk semua sama-sama kita, moga kita sentiasa dalam pandangan Allah dengan penuh redhaNya. Mudah-mudahan. 

Sabar dalam penolakan manusia. Tak kiralah kerja, ke hati ke tawaran ke, esaiiimen ke apa apa yang berbentuk rejection, sabar lah. Allah ada. Dia nak bagi yang lagi best, Dia nak ajar sabar, Dia nak ajar jadi redha, Dia nak ingatkan hidup ni matlamatnya menuju Dia. Bukan manusia. Terus jalan.

yang tweet ag tu betul, bukan reka. hahaha

Saturday 9 January 2016

Baik;Fitrah (Part Last)

Man dan Ijat baru pulang. Barang-barang yang baru dibeli cuma diletakkan di lantai ruang tamu. Mereka berdua duduk bersandar. Penat agaknya. 

"Amboi, penat bang?" Eyji angkat kening sebelah, sengih.

Man angguk. Ijat ubah posisi daripada duduk kepada baring mengiring. Paha Lupi yang tengah membaca dijadikan bantal. Lupi biarkan. 

"Ni dah asaq belum?" Qib tanya sambil laptopnya dibuka. Sekali lagi, Man cuma angguk. Ijat sambung balas dalam mata terpejamnya, "Kat surau mall tadi."

"Lepas solat maghrib, kita pi makan luar la. Then, kita terus gerak ke gig." Eyji beritahu apa yang disetujukan bersama Qib dan Lupi tadi. Sementara menanti masuk waktu maghrib, masing-masing buat hal sendiri. Qib dengan qitar, reka lagu dia. Man dan Ijat mengaji. Eyji pula ralit membaca. Lupi lipat bajunya yang dari semalam diangkat dari ampaian.

Tamat sahaja azan yang berkumandang, Eyji melaungkan iqamat. Giliran Ijat menjadi imam. Sepilah rumah, cuma kedengaran perlahan Ijat mengalunkan takbir dan bacaan

Kelima-lima mereka selesai solat berjemaah. Terus ke warung Pak Tam di yang terletak bersebelahan sahaja dengan Flat tempat mereka tinggal. Sambil makan, sambil borak-borak. Masing-masing tinggal lagi dua semester. Tak lama lagi cuti semester. Nanti mesti rindu gelagat masing-masing. Riuh tak pernah sudah. 

Dalam leka makan sambil berborak, masing-masing tak perasan jam dah menunjukkan pukul 8.35 pm. Azan isyak berkumandang. Masing-masing jadi kaku sekejap. Terus kelima-lima mata pandang Eyji, kemudian pandangan turun kepada jam tangan di pergelangan tangannya. "8.35 dah." 

Laju je masing-masing habiskan makanan. "Okay, jom!" Man bangun dulu.

"Aku bayarkan dulu la." Lupi laju ke kaunter pak tam.

"Okay dah. Jom." Ijat mengajak mereka mula gerak bila Lupi kembali semula ke meja makan mereka. 

"Cop, tapi tadi dah azan kan?" Eyji angkat kening sebelah. Semua angguk tersengih-sengih.

"Isyak dulu jom." Pandangan Eyji menghala ke arah surau flat mereka. Eyji jalan dulu ke surau. Yang lain atur langkah ikut sama menuju Surau As-Soddiqqin. 

                                                              --Tamat--

Ngeh ngeh. Tiga bahagian dalam masa satu hari. Kisah ini diinspirasikan oleh Allah melalui yayang hensem aku versi muslimat. Keh keh keh. 

Fakta dalam cerita ini adalah

- perkongsian daripada buku-buku yang dibaca oleh Eyji dan Lupi
- memang ada gig band Dish nanti kat shamim cafe, kat aloq setaq. Haha. 6 feb nanti. So, siapa nak pi nanti, ha pi la. Ada agcoco. kehkehkeh 

Siapalah yang tak nak jadi baik. kan?
Semua inginkan pengakhiran yang baik.
Semua nak yang baik-baik, senang cerita.
Semua nak menghala ke arah yang baik-baik.

Apa jadi dengan Iman? Adik si Eyji tu? Tunggu Fitrah;Baik (Part Iman). hahahahahhahaha seriyes weh seriyes. Tak expect pulak nak kembang-kembangkan cerita. Tapi idea datang tiba-tiba. 

Harap korang enjoy baca ni! Harap ada manfaat di balik cerita yang papentah dia ni. hahahahhaah Tunggu tau part Iman tu! Aku tak kira, tunggu jugak!

Baik;Fitrah (Part 2)

                                                
Perbualan tamat. Eyji tersenyum. Tapi, senyumannya mati dek terkejut dibaling bantal oleh Ijat.

"Padddiiiaaa?" Eyji balas serangan Ijat. Ijat tepis balingan bantal Eyji. Malang tak berbau, Man yang tengah menyanyi tak sudah jadi mangsa. 

Semua gelak, cuma Man yang berkerut. "Kacau ah! Aduh.." 

"Tak payah buat muka merajuk ala ala muncung itik tu, seram aku." Qib ketawa.

"Ni ha, aku ada benda nak habaq ni." Ijat mula jadi serius.

"Kau nak tunang? Ke kahwin?" Lupi sengih.

"Hang jatuh hati kat awek mana?" Qib menambah gula

"Hang dapat offer berduet dengan Fynn Jamal?" Eyji join sekaki

Ijat tepuk dahi. Budak-budak ni alahai. "Diam lah! Korang lapar kaki ke?" 

Pecah ketawa satu rumah. Ijat lekas sambung bersuara sebelum diorang sambung membahannya balik. "Esok Dish buat gig rupanya.Nak pergi tak?" 

"Astakona?" Man dah memasuki mood nak sambung menyanyi.

"Sofa biru?" Eyji jadi tukang tambah perisa.

"Astakona, Sofa Biru, Sang Animo, semualah! Aduh.." Qib tak sabar nak tahu masa gig bermula, di mana tempatnya. "Kat mana jat? Bila?"

"Kat Shamim Cafe, Pukul 9 pm." Ijat meneguk air, haus cakap dengan budak-budak ni.


Esoknya..

Eyji, Qib dan Lupi selesai solat asar berjemaah. Jam menunjukkan pukul 5.05 petang. Batang hidung Man dan Ijat masih tak kelihatan, belum balik lagi daripada beli barang rumah. 

"Ni, kita nak pi pukui berapa sat gi?" Qib pecahkan sunyi sambil melipat sejadah.

"8.30?" Lupi meletakkan kopiah di atas katilnya.

"Lepas solat maghrib, kita pi makan, lepas tu gerak la ke kafe tu." Eyji lanjutkan cadangan.

Lupi dan Qib angguk setuju. "Nanti dua orang pak cik tu balik, kita habaq kat depa." Qib tamatkan perbualan. Kemudian, masing-masing buat hal sendiri. Lupi sambung bacaannya yang tergendala 3 hari yang lalu. Peribadi yang dibacanya baru melangkah ke muka surat 12.

Tetapi haruslah kita sedar pula bahawasanya mengenal diri sendiri itu, seribu kali lebih sukar daripada keinginan hendak mengetahui peribadi orang lain. Nabi Muhammad saw bersabda, "Berbahagialah orang yang mementingkan hal menyelidiki cela dirinya sendiri, dan tidak hanya menyelidiki kecelaan orang lain." 

                                                       --Bersambung--



Friday 8 January 2016

Fitrah;Baik (Part 1)

Rumah sewa yang dikongsi seramai 5 orang itu riuh. Senyapnya sesekali cuma, bila tak cukup ahli rumah. 

Eyji ralit membaca Learning From Quran yang ditulis oleh Harun Yahya. Bising di sekeliling sikit pun tak menganggu konsentrasi. Dah lali. Qib tak habis petik gitar, macam-macam bunyi keluar. Man menyanyi ikut lagu yang dipetik oleh Qib. Selesai lagu Tanya Sama itu Hud Hud, bantai pulak lagu Mustika. Lupi dan Ijat ralit main video game tak sudah, menjerit sambil main game, tepuk tampar tu biasa. 

Dalam riuh rendah rumah, Eyji dah memasuki muka surat yang seterusnya, 355.

                                             The Way Women Must Dress.
O Prophet, Tell your wives and daughters and the women of the believers to draw their outer garments closely round themselves. This makes it more likely that they will be recognised and not be harmed. Allah is Ever Forgiving, Most Merciful. (33;59).

Eyji ulang baca sekali lagi. Iman. Ingatannya terus terpalit pada satu-satunya adik yang dia ada. Muka surat yang tak habis lagi dibaca dilipat sebagai penanda. Note3 nya dikeluarkan daripada beg yang berada di sebelahnya daripada tadi. 

Sayang. Buat apa? 

Ek ena abang aku. Pehal? Rindu adik ah tu. 

Tak lah. Weh, dah start pakai tudung ke?   

Sedikit lambat Iman membalas. Abang aku ni, kalau tak direct bukan dia la orangnya. Beberapa ketika Iman teragak-agak, Iman balas semula.

Belum la. Adik tak tahu nak start macam mana. Nanti orang cakap apa? Kena sindir tu cerita lain pulak. Haa mummy lagi nak kena settle nanti.

O Prophet, Tell your wives and daughters and the women of the believers to draw their outer garments closely round themselves. This makes it more likely that they will be recognised and not be harmed. Allah is Ever Forgiving, Most Merciful. (33;59).

Iman senyap. Terus jadi kelu, menangis. Perlahan air matanya mengalir. Eyji tahu hati adiknya terusik. Eyji hantar lagi.

Janganlah menangis. Abang baca buku Learning From Quran, jumpa ayat ni. Terus teringat kat adik. 

Bila balik rumah? Bawak buku tu sekali. 

Hujung minggu ni abang balik. 

Perbualan tamat. Eyji tersenyum. Tapi, senyumannya mati dek terkejut dibaling bantal oleh Ijat.
                                                         --bersambung--



 

Friday 1 January 2016

JUDGEMENTAL

Eppi mengetuk meja perlahan ikut irama lagu di mp3nya, Obsesi-Hujan. Mindanya ligat mencari idea untuk penulisan barunya. Acha tak ambil kisah dengan bunyi bising, asal ada buku di tangan, hidup la dia. Peribadi hasil nukilan Hamka dibaca, khusyuk. Beberapa ketika, mamak menghantar pesanan mereka. Eppi senyum, "Aaaaa roti pisang cheese ah? Okay, Thank you.." Eppi ajuk gaya teleng kepala mamak tersebut. Acha yang lapar turut ketepikan buah hatinya seketika. 

"Eh, tadi kata si bedah nak makan sekali? Mana dia?" Acha bertanya, tapi mata tak beralih daripada roti sardin yang dipesan. Milo ais nya dihirup. Eppi pandang Acha sekilas, angkat bahu. Sambung makan. Acha faham sendiri, makna reaksi tersebut ialah sekadar entah, tak ambil tahu.

Tak lama kemudian, "Cha! Pi!" Bedah terus duduk. 

"Lambat. Kitorang dah habis makan." Eppi teguk horlick panasnya yang masih bersisa.

"Ala, teman la aku makan. Ada hal tadi." Bedah buat muka kasihan, dipandangnya Acha dan Eppi. "Ye lah. Order lekas." Acha sabar melayan. Eppi dan Acha bangun ke sinki.

"Kau ni pi, lepak kedai mamak pun sibuk dengan laptop." Bedah memecahkan sunyi mereka. Acha tak ambil kisah, bacaannya sudah hampir masuk ke muka surat yang ke-9.
 Kata Hamka, 
 "Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga,belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak."  

Acha teruskan bacaan. Eppi cuma senyum, nasib baik lagu Astakona-Dish tak dipasang dalam volume yang kuat. Boleh dengar lagi lah bunyi sekelilinngnya. 

Kemudian, pesanan Bedah pun sampai. Milo Ais dan Mee Goreng Mamak. Sambil menjamu selera, "Eh, yang korang borak kat twitter balong balong balong, siapa tu?" Acha angkat kening sebelah, dipandangnya Bedah yang bertanya, kemudian dilihatnya pula Eppi yang sengih. Sengih sinis tanda malas nak layan. Acha tolong jawab, "Mana ada siapa, tu kitorang gurau gurau je la." 

Bedah mengeluh. "Orang baca hahahaha korang punya panjang pun, orang tau la tu gurau. Tapi siapa balong tu? Betul-betul wujud ke?" Disuapnya mee goreng ke dalam mulut. 

Eppi menjulingkan matanya ke atas. Bedah yang memang bedah betul lah dia ni. "Wujud, pakwe aku." Acha sengih senget. 

"Amboi kau. Kau bukannya layan cintan cintan ni. Siapa tu? Share lah." 

"Guitarist Hujan la. Ni haa." Eppi beralah, dibukanya profil instagram Agcoco, ditunjukkan gambar agcoco kat Bedah. Bedah tak jadi suap mee gorengnya. Diletakkan balik garpunya. "Ni? Mak ai. Rambut panjang, main muzik, rock seh gaya dia." Matanya tak lepas melihat gambar agcoco. Dilihat pula post lain, kali ni gambar agcoco sedang perform di pentas.  Bedah pandang Eppi, kemudian pandang Acha, dengan kening double-jerk. 

"Apahal kau?" Eppi tergelak. Tapi bedah muka serius habis. 

"Weh, ish. Dia solat ke tak? Orang macam ni biasanya, dengan main muziknya" Air muka Eppi terus berubah. Acha pun sama. Bedah terus ajukan soalan. "Dia jaga ikhtilat tak?" 

Soalan bedah dibiarkan sepi seketika. Eppi ambil semula samsung note3 nya di meja. Perlahan, Eppi senyum. "InsyaAllah solat. Aku tak tinggal serumah dengan dia sampai melayakkan aku untuk persoal dia solat ke tidak. Dan wallahhua'lam pasal ikhtilat. Mudah-mudahan Allah jaga." Bedah senyap. 

"Eh,ni sebelum datang sini dah zohor belum? Dah nak asar. Lagi setengah jam lebih kurang." Acha mula bersuara. 

"Alamak! belum." Lekas-lekas bedah bangun. Mee gorengnya dihabiskan suapan terakhir. Belum sempat dia meninggalkan Eppi dan Acha, seorang lelaki menyapanya dari belakang. "Sayang!". Lengan bedah disiku oleh lelaki tersebut. Eppi dan Acha saling berpandangan. Tiada reaksi. 

Eppi angkat kening sebelah, tanda pertanyaan siapa. Acha senyum, "Bakal tunang katanya."

Dua sahabat itu terus berlalu menuju ke masjid berdekatan memandangkan waktu asar dah dekat. 

Siapalah kita hendak menilai membabi buta kan? Membuta tuli.
Apalah jaminan Allah angkat kita lebih tinggi daripada orang lain? Sedang Allah pilih penghuni syurga pun atas rahmatNya. Just stop being Judgemental. 

Tak kena ukur ilmu, ukur amalan based on apa diorang pakai, panjang rambut, lilit serban ke rambut ala korea, kopiah ke cap memanjang, jubah ke jeans, tudung bulat ke shawl, labuh ke ngam ngam kat dada, dan lain lain. 

Siapa tahu yang kita fikir tak solat sebab tak pernah nampak kat surau kawasan rumah adalah orang yang istiqamah qiamulailnya? Jemaahnya di merata tempat? Kita bukan ada dengan semua orang 24 jam untuk pertikai tiap amal dia. 

Judgemental, buang jauh jauh.
Moga iman tidak mudah rapuh.