Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Thursday, 9 July 2015

Life is full of changes and suprises

Life is full of changes, suprises. 
😊

 Diri sendiri tak pernah sangka akan terjebak dalam lembah usrah dan sebagainya. Tapi, pernah la mintak nak merasa suasana semua tu masa masih dalam samar-samar dulu.
And,Alhamdulillah.. Allah rezekikan apa yang aku doakan dulu. Alhamdulillah. Dia punya sebak tu, tak reti nak susun ayat cerita macam mana. 

Pn saidah hampir tak kenal aku masa jumpa aku dalam tahun lepas. "Dah ada peningkatan" katanya. 

Alhamdulillah atas masa lalu yang aku simpan untuk jadikan peringatan. Alhamdulillah untuk rezeki Allah yang aku merasa kini. Tapi, kita tetap tak dapat nak pastikan pengkahiran kita tu macam mana. Sumpah, bila fikir pengakhiran aku di dunia ni, jadi risau, takut. Sampai nak tidor pon rasa seram risau. 

Doalah moga ditetapkan hidayah dalam hati kita. Moga tak berpaling. 

Aku belajar untuk :-
* Jangan judge orang buta buta. Senang cerita, jangan nak nilai orang itu ini. Kita di akhir nanti entah rupa mana pun kita tak tahu. 

* Hati kita,Allah yang pegang. Mintak hari hari, diberi hidayah, ditetapkan hidayah,kuat untuk istiqamah. Istiqamah tu payah weh, tapi insyaAllah slow slow tempuh. Sebab tu kena mintak kat Allah. 

* Tanggungjawab syahadah yang kita pikul. Bukan untuk diri sendiri je. Tanggungjawab untuk bawak orang,tolong orang lain ke arah kebaikan. Hasil belakang kira,usaha kita yang Allah soal kat akhirat nanti. 

* Betapa doa adalah senjata paling ohsem! Ohsem beb! Yes, aku pernah mintak untuk suasana tarbiah masa aku sendiri tak pernah dengar pon kata tarbiah tu. Perlahan lahan, Allah tunjukkan, nurul..ni lah yang kau mintak dulu,moga istiqamah sampai ke akhirnya. Doa ibu ayah, dia punya power,tak payah persoal. Allah bagi kelebihan kat ibu ayah ni,lagi lagi ibu. Doa mereka makbul! And of course la ibu ayah doakan yang baik baik untuk anak-anak. 

* Berhijrah,bukan senang macam main kelip kelip mata. No! Diri sendiri kena hadap sinis sinis jiran jiran, sindir sindir mak sedara, kena depan depan pulak tuh. Mak aku pun kene sekali tempias sinis,sindir. Sedih sakit hati. Tapi, masa tu kekuatan yg kita tekadkan untuk berubah kerana Allah tu teruji. "Allah ada." Ni kata keramat yang buat aku lantak la korang nak ejek pandang jeling sampai juling ke. Tapi, Alhamdulillah arwah ucu, and ada mak sedara lain, jiran yang support.. especially arwah ucu, mak teh, ustazah zakiah! Ibu ayah aku, alhamdulillah sentiasa ada belakang gagahkan aku. So, aku kena tolong mana mana sahabat yang nak menempuh penghijrahan. And, jangan nak poyo menjauhkan diri daripada member member lain. Ingat! Kita sama je. Allah nilai kita based on our iman and taqwa. 

Lepas semua ni, baru sikit je pun haha. Ok la, lepas sedikit sebanyak yang aku tenpuh dalam tempoh ni, aku sedar yang.. macam tajuk atas tu, life is full with changes and suprises. Hey, jangan lupa Allah ada kata dalam quran, Allah tak akan ubah nasib kita kalau kita tak buat apa. Lebih kurang cenggini maksud dia. 

Aku, masih lagi merangkak nak hafal ayat and surah dalam Al Quran. 

Aku,masih lagi merangkak nak hafal hadis 40. 

Aku,masih lagi merangkak untuk survive beristiqamah. 

Pada yang baru menapak dalam fasa hijrah, pada yang baru nak start, pada yang baru terfikir untuk start, pada yang baru terdetik lepas baca blog aku nih, eh? Lets move on! Allah tengah tunggu kita. Islam tak rugi apa pun bila kita jauh,lalai. Tapi, kita yang rugi bila kita tinggalkan islam. 

Tekadkan niat ini semua Lillahhitaala. 
Mulakan step by step. 
Berguru. 
Tak tahu, jangan segan sipu malu untuk tanya. 

Akhir sekali, moga aku,kau,dia,mereka,kita semua punya pengkahiran yang baik dan dalan redha Allah masa kita menghadap Allah nanti. 

Mati, tak kira masa. Bila bila je dan ianya rahsia Allah. Kerja kita, usaha habis baik dan siap sedia. Okay,ni betul betul akhir. Assalamualaikum 😉😍