Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday 22 April 2016

April

Dalam april itu,
Kau lahir cantik.
Tak sempurna kaki,
Tapi hatimu penuh budi.

Dalam april itu,
Kau pergi.
Perlahan dan diam
Kau pergi

Dalam april itu,
Semua bagai direnggut kejam
Aku terkejut sampai kabur segala, 
Terduduk aku terkapai kapai.

Dalam april itu,
Tiada titip pesan
Untuk aku terus langkah
Tanpa senyummu, tanpa pandangmu, tanpa bicara sayangmu.

Dalam april itu,
Kau pergi, tak pulang-pulang lagi
Cuma katamu; kau sayangkan aku
Cuma tanganmu yang kau tautkan
Cuma air mata yang kau alirkan perlahan
Sebagai kenangan terakhir untuk aku kenang
Untuk aku simpan sampai mati
Untuk aku genggam sampai tiba masa aku juga pergi

Kau janji itu ini pada aku
Kau kata mahu melihat aku begitu dan begini
Tapi kau tetap pergi, tak menunggu
Walau cuma sekejap, kau tetap tak menunggu
Tuhan maha berhak ke atasmu..

Tinggal lah aku, sedih sendiri
Kerana kau tak menunggu
Dalam april, sekelip mata kau diragut.


Taraa! Kira puisi ke berapa dah i wrote for you, ucu. heee.. Uyun rinduu! 

Semester ni, last untuk uyun, insyaAllah. Kalau dikenankan Allah, berijazah la uyun bulan 11 nanti. Ucu kata nak tengok uyun kan, naik pentas, pakai jubah, pergi konvo uyun la apa semua. Tapi, ucu pergi dah.. Baru berapa bulan uyun duduk penang, ucu dah pergi. 

Ya, tahu. Ucu tak boleh tunggu. Sebab yang panggil ucu itu adalah Tuhan. 

It's okay. Uyun still tak percaya yang uyun bacakan yassin untuk ucu. Dulu, kita baca yassin sama sama. Do you remember? Tiap kali uyun tidur rumah wan, sebelum tidur. Oh, i miss that moment! 

Be happy, ucu. 
Ucu baik. Terlalu baik. Sebab tu Allah panggil ucu dulu. Manusia semakin bermuka-muka, manusia semakin rakus untuk ucu tinggal kat dunia ni lagi. 

Oh! Anak-anak ucu pandaiii!! Puteri dan ayana! Mengaji pun depa pandai tau. Selamat merindukan kami semua ucuuu. Kami pun di sini, selamat merindukan ucu. Kita saling merindui, forevaaaaa. I miss you, so much. Assalamualaikum.. 

***

Tiap titik air mata yang jatuh, membasahkan diari Nafisah. Nor yang dah 30 minit duduk di katilnya pun dia tak perasan. Nor diam. Biar Nafisah lepas segala rasa rindu. Memang itu cara dia, menulis. 

Dilihat Nafisah semakin reda, bahu mula henti terhenjut tahan tangis. 

"Eppy, rindu ya?" 

"Hari ni birthday ucu aku." Nafisah senyum.

"Dah bagi dia hadiah?"

Nafisah angguk. Nor lihat Yassin di tepi diari Nafisah. 

"Maka maha suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan."

"Yassin, ayat 83." 

Bahu Nafisah diusap perlahan. "Pandai pun. Anak buah siapa la ni."

"Anak buah Roziyah Othman." Nafisah senyum, sambil menyeka air mata perlahan.

"Macam tu lah senyum, jom aku belanja. Kek sekali pakej ais krim." 


Tuesday 19 April 2016

TUTUP

Takkanlah kita nak biarkan diluka lagi
Takkanlah..

Mustahil lah kita selak ruang untuk dirompak lagi
Mustahil lah..

Tak mungkinlah kita dedahkan hati kita untuk dihempas lagi
Tak mungkinlah..

Panggil lah seberapa ulang pun yang kau mahu
Jeritlah seberapa kuat yang kau rasa perlu
Aku dengar; tapi akan aku tulikan
Aku paling padamu; untuk lemparkan sinis mu dulu
Aku peluk kuat kuat hati ini; biar tak pecah kerana perasaan

Semua jelas untuk difahamkan
Kalau segala pintu telah aku tutup.