Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Saturday 26 March 2016

Puisi : Kami Maafkan

Kami maafkan..
Mereka yang pernah datang tanpa diundang.
Kami maafkan..
Mereka yang pergi tanpa sebarang bicara ihsan dan kasihan.
Kami maafkan..
Mereka yang pernah merenggut kuat hingga sesaknya nafas untuk bertahan.
Kami maafkan..
Mereka yang pernah menolak tiap kali bangunnya kami.
Kami maafkan..
Diri kami yang silap memberi ruang.
Kami maafkan diri kami..
Yang pernah lupa betapa Tuhan ada, sangat menyayangi..
Untuk semua yang menjatuhkan,
Untuk semua yang merenggut rejam,
Untuk semua yang menyakitkan madah bicaranya,
Kami maafkan..
Kerana mudah.
Kami ada Allah..
Kerana mudah.
Kami juga perlu maaf.
Maka kami maafkan..

Memaafkan bukan bermaksud diberi ruang untuk mencuri dan melukakan lagi.
Cukup digema keliling, betapa serik menyelimut rasa.
Untuk tenang yang diimpi, aku maafkan.
Bukan untuk dibuang tanpa belas kesekian kalinya
Tidaklah sanggup lagi untuk menahan segala.

Wednesday 16 March 2016

Random 2

Setiap anak perempuan, mesti akan letakkan ayahnya di tempat teratas dalam hati selepas Allah dan Rasul.  Termasuk aku. Eheh..

Ayah la hero..
Ayah la yang setia memujuk di tiap rasa jatuh kita..
Ayah la satu satunya yang sudi layan tiap mengada kerenah manja kita..
Alahai, senang cerita semuanya adalah ayah..
Sungguh sungguh sungguh! Aku antara anak perempuan yang begitu! kehkeh

Sampai nak cari calon pun, nak cari yang macam ayah. Aku jugak lah yang termasuk dalam golongan anak perempuan seperti itu. Hahahahahah

Dan.. well, aku ada jumpa someone yang karakter dia, acah-acah serius dia, muka garang gila, lawak acah-acah dia, sebijik! sebijik macam ayah aku. Dan... lama-lama aku tersuka kat dia. Kah..kah..kah! zerius lah weh, memang akan akan je orang tu dengan ayah aku. Aku terkenan kat dia pun sebab karakter dia yang ala-ala ayah aku.

Dan.. dan.. dan.. Akhirnya, dia memilih yang lain. Hahahaha! Perasaan empunya diri ni, tak payah nak dihikayatkan lah. Kecewa dia, tak berlagu. Kah! Kecewa sebab rasa "weh, dia tu macam ayah aku!" 

Haha, tak adanya aku nak cerita benda alah ni sesaja. Lama-lama, bila dah semakin melangkah ke depan, aku sedar sesuatu. *Flip shawl instant warna pink*

Sama macam mana pun karakter seseorang tu dengan ayah kita,
Takkan sama dia dengan ayah kita.

Mirip mana manis dan pahit seseorang tu dengan ayah kita,
Tetap tak ada tanding dengan istimewanya ayah kita.

Sebab..
Ayah kita adalah ayah kita.
Yang istimewa, tak ada serupa dengan sesiapa.

Siapa lagi lah yang sudi korban segala 
Tanggung perit menggunung
Kalau bukan ayah yang tak terhitung dia punya jasa
Sungguhlah, ayah itu istimewa yang tak terganti dengan apa pun.

Wednesday 2 March 2016

Istimewa

Tiap kita, mesti ada something yang Allah ujikan. Boleh jadi yang happy jadi ujiannya, ada jugak yang terpaksa telan yang duka sebagai ujiannya. Bahkan, ada yang menelan rasa kosong jiwa sebagai ujiannya. 

Soalnya, berbalik pada diri sendiri. Pada aku. Pada kau. 

Biar pun kau terjatuh
Biar pun kau tersungkur
Berjanjilah padaku
Kau kan terus dan terus cari
Cahaya di mana kau bermula

"Aku rasa aku ni macam dah tak berguna! Orang lain dah grad, tapi aku still kat sini, repeat paper tak sudah!" Eypi tutup muka dengan bantal. Bahu terhinjut hinjut tahan esak tangis. Nor yang di sebelahnya diam. 

Eypi maklum semua orang kat sekeliling dia, tak putus-putus bagi semangat untuk dia. Nor dari mula kenal sampai lah sekarang, tak pernah putus harapan buat Eypi percaya yang dia pun ada ruang untuk grad dengan jayanya! Tiap orang, masa dan jalan cerita berbeza. Tapi, lepas kena berdas das kata semangat versi pedas yang amat, terus buat Eypi rasa down, tak bangun-bangun lagi dah. Sebab semua yang perit tu datang dari mulut orang yang paling dia percaya dalam hati dia. 

"Eypi, pandang aku." Eypi tetap kaku dengan posisinya tadi. Tangis masih bersisa kedengaran. Nor geram. Nor tarik bantal daripada Eypi. Lembut tidak, garang pun tidak. 
Dipaksanya Eypi pusing duduk menghadapnya. Tangan Eypi digenggam.

"Semua orang sayang kau. Allah sayang kau. Ada sebab kenapa kau masih ada kat kampus ni, ada sebab kenapa kau masih hidup. Apa hak kau nak sia-siakan segala peluang yang Allah bagi?" Tepat Nor memandang mata Eypi. 

"Nor.." Eypi tunduk sayu. Tangan Nor digenggamnya kuat.

"Kalau kau dah tak sayang diri kau, pergi lah bunuh diri." Kelihatan seperti Nor tak berperasaan. Tak boleh jadi. Dia kena bertegas dengan Eypi kali ni!. Sebab sayang.

"Kau ni!" Eypi tarik tangannya dari genggaman Nor. Wajahnya dipalingkan ke cermin di meja belajarnya. Aku rindu dengan aku yang dulu. Semangat, ceria, tak main-main dalam belajar, tak pernah main-main dalam tiap perkara aku buat. Eypi terasa hangat matanya berair. 

Nor genggam semula tangan Eypi. "Bangun balik. Jangan siakan peluang Allah bagi. Semua ada sebab. Rasa yang kau telan sekarang ni, bahagian ujian untuk kau. Orang lain, ada bahagian masing masing. Kau percaya tak rahmat Allah tu luasssss? Mahaaaa luassssss?" Eypi angguk. Air matanya dibiar mengalir. 

"Dah tu, ada sebab ke kau nak layan give up kau tu?" 

Perlahan Eypi menggeleng. Nor senyum. Terus dipeluk Eypi. 

"Terima kasih, weh.." Eypi tak habis menangis lagi.
"My name is Nor, not weh!" Nor julingkan mata ke atas.

"Beb, takkan nya kita sampai hati nak biar orang yang kita sayang terus longlai."

 Eypi senyum pandang Nor.