Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday, 11 January 2013

Ingatlah ALLAH..ALLAH akan ingat pada kita

Assalamualaikum wbt..

Hrmm... sebenarnya terbayang-bayang di minda apa yang nak ditaip kat sini, tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Macam mana ye? *jari ketuk-ketuk meja*

Baik.. Tarik nafas... hembus. Moga ALLAH permudahkan.. Moga apa yang ditaip di sini membawa manfaat bersama.

Sebelum tu, aku menulis dan berkongsi ini bukan kerana aku si solehah atau ustazah.. TIDAK! Aku masih lagi seorang wanita yang punya banyak kekurangan, banyak lagi yang perlu aku belajar. Tapi, aku berkongsi ini hasil pembacaan, renungan diri sendiri, melihat keadaan sekeliling, belajar daripada mereka yang lebih arif.


INGATLAH ALLAH... ALLAH PASTI MENGINGATIMU.. :-)

Pernah dengar kata-kata di atas tu? Seringkali, kita rasa jiwa tak tenang.. Apa-apa yang kita lakukan, ada je yang tak kena.. Ada je silapnya.. Jiwa gelisah! Sedikit ujian yang menimpa, terasa bagaikan terdapat batu yang sangat besar menghimpit diri, sedangkan ada ramai lagi yang sedang menghadapi ujian dugaan yang lebih hebat!


Lihat! Apakah kita diuji sebegitu sehingga kita mengeluh dan merungut?
Kita rasakan begitu kerana jiwa penuh dengan kegelisahan.. Lupa bahawa ada ALLAH yang sedang melihat, mendengar, bersama kita.. Dalam erti kata mudah, kerana kita lupa ada ALLAH.. Mengapa kita boleh lupa? Kerana dalam menjalani hidupan seharian, kita tidak mengingati ALLAH. Bahkan dalam solat, fikiran melayang ke makhlukNYA, fikiran melayang ke hal-hal dunia.. Tiada alunan zikir yang kita tuturkan.. Betapa kita ini hamba yang tidak bersyukur padaNYA!! Betapa sikit kita mengingatiNYA setelah pelbagai nikmatNYA kita rasai.. ALLAH.. Ampuni kami.. :'(


Aku juga seperti kalian. Sering saja leka dan lalai.. Mari bersama kita saling mengingatkan dan menasihati bahawa mengingati ALLAH itu sangat menenangkan jiwa. ALLAH swt ada memberitahu kita di dalam Al-Quran menerusi firmanNYA, di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 152..

"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku, nescaya Aku ingat kepadaMU; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur akan nikmatKU."

Sebagai hamba ALLAH, sudah menjadi wajib bagi kita mengingatiNYA,pencipta kita yang maha satu. Bukan hanya mengingatiNYA ketika susah, saat sedih menyelubungi jiwa.. BUKAN! Tetapi setiap masa!!! SETIAP MASA! Saat kita merasa gembira juga.. Saat bersama dengan sahabat-sahabat, keluarga, apatah lagi ketika bersendirian.. Lupakah kita semua itu datangnya dari ALLAH.. Jadi, apakah kita tegar melupakan DIA??

Dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw bersabda.. "ALLAH swt berfirman: Wahai anak Adam, jika kamu mengingatiKU dalam dirimu, nesacaya AKU akan mengingatimu dalam diriKU. Jika kamu mengingatiKU dalam kumpulan (manusia), nescaya AKU akan mengingatimu dalam kumpulan para malaikat. Jika kamu mendekat kepadaKU dengan sejengkal, nescaya AKU akan mendekat kepadamu dengan sehasta. Jika kamu mendekat denganKU sehasta, nescaya AKU akan mendekat denganmu sedepa. Jika kamu mendatangiKU dengan berjalan, AKU akan mendatangimu dengan berlari." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


ALLAH.. Sebegitu besar cintaMU pada kami.. sebegitu hebat cintaMU pada kami.. Kami, hambaMU yang lupa diri.. Sebegitu gembira ALLAH meraikan hambaNYA yang mengingatiNYA.. Kita ini hanyalah hamba! hanyalah hambaNYA! Tapi, mengapa kita yang bongkak? Mengapa kita yang sombong dengan lupa akan PENCIPTA kita? Dengan tidak ada perasaan malu pada diri melanggar perintahNYA.. :'( Hinanya diri ini..

Hasil pembacaan daripada majalah IMAN..

Imam al-khazin menyenaraikan 5 situasi dan keadaan bagi seorang hamba untuk mengingati ALLAH swt..

1) Ingatlah ALLAH dalam keadaan senang, nescaya ALLAH akan mengingatimu dalam kesusahan

2) Ingatlah ALLAH dalam tauhid dan keimanan, nescaya ALLAH akan mengingatimu dalam syurga dan keredhaanNYA.

3) Ingatlah ALLAH dalam penuh keikhlasan, nescaya ALLAH akan mengingatimu dalam keselamatan.

4) Ingatlah ALLAH dengan penuh perasaan, nescaya ALLAH akan anugerahkan keampunan

5) Ingatlah ALLAH dalam doamu, nescaya ALLAH memperkenankan doamu..

Cinta ALLAH tak mungkin sama dengan cinta makhlukNYA.. Cinta manusia hanya sementara, tiba masa, cinta itu akan pergi jua.. Barangkali bersama dengan kematian.. Tetapi, cinta ALLAH kekal selama-lamanya.. Menemani kita di dunia dan akhirat.

Tuhan..
Aku tanpamu
Hidupku menderita
Sunyi hati
Kelam jiwa
Bagai terpenjara

Tuhan..
Biarkan kini
Aku dalam rahmatMU
Meski jatuh dan terbangun
Ku tetap bertahan..

-Jatuh bangun oleh In-team-

Ingatlah, dalam keadaan apapun, ingatlah ALLAH.. ALLAH akan lebih mengingati kita.. Sifat ALLAH itu maha pengasih lagi maha penyayang..

Lemah, tersadung, kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kebuntuan, ALLAH setia disisi dengan menunjukkan jalan-jalan penyelesaian.. Memujuk hati yang rapuh agar tetap teguh kerana DIA bersama kita..

Gembira, terharu, dalam kemewahan, kesenangan, keriangan.. ingatlah ALLAH.. Bersyukur padaNYA.. Jika kita bersyukur, ALLAH akan tambah nikmat buat kita.. Betapa pemurahnya ALLAH..


Akhir kata kali ini...

Bersama muhasabah diri sejauh mana dan sedalam mana ingatan kita buat SANG PENCIPTA YANG MAHA SATU.. CintaNYA membahagiakan selama-lamanya.. dunia dan akhirat..