Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Thursday 18 February 2016

Fitrah:Baik (Part Iman III)

Congak-congak, kira dah seminggu juga Iman bertudung. Sebelum Eyji balik ke kedah, sempat dia teman adiknya shopping baju, seluar, tudung yang menepati syarat. Mulanya, mama dan abah agak terkejut sampai tercengang tak terkata apa-apa. Eyji yang tolong jelaskan pada mama dan abah. Nak harapkan Iman, dia pun dah mati kutu bila mama dan abah punya terkejut lain macam. As expected, bisik Iman sendiri.

"Ma, abah. Duduk dulu.." Eyji cuba tenangkan kedua orang tuanya yang terus bangun sebab terkejut bila tengok Iman turun tangga dengan pakaian yang tak pernah dikenakan sebelum ini. Tudung Hitam, T-shirt lengan panjang dan skirt labuh. 

"Iman.. Kenapa?" Pandangan Puan Intan tepat pada Iman yang duduk tunduk kelu. 

"Adik.." Eyji siku lengan adiknya. Iman tetap kaku. Eyji menghela nafas. Aku jugalah ni yang kena cakap. 

"Ma, abah.. Adik dah nekad. Dia nak bertudung. Ni pun, abang nak bawa adik keluar beli tudung, baju yang kena dengan adik yang sekarang." Muka Eyji tenang, senyum.

Abah diam sejenak. Mama terus tersandar dan tunduk. Iman dah cemas. Nak tutup aurat tu satu kesalahan ke bagi mama dan abah? Kalau macam ni, macam mana aku nak ajak mama pakai tudung sama nanti? 

"Nah RM150, belikan adik yang cantik-cantik tau." En.Azman hulurkan duit pada Eyji. Iman terus angkat muka, senyum. Tapi senyumannya mati bila melihat Pn.Intan masih tunduk dan diam. 

"Kitorang pergi dulu, abah, mama." Eyji dan Iman bangun menuju ke pintu. Baru sahaja pintu dibuka, langkah dua beradik itu terhenti. "Pilihkan mama sehelai tudung, boleh?" Pn.Intan senyum. Lekas Iman peluk mamanya. Alhamdulillah. Benarlah, Allah bantu kita buat kebaikan. 

Iman tersenyum sendiri teringat betapa cuaknya bila kali pertama nak bertudung, nak bagitahu mama dan abah, rupanya semua Allah mudahkan. Cuma, tenangnya terusik sedikit kembali bila mengenangkan usrah sebentar lagi. Air yang dihidangkan oleh ibu Amal cuma diteguk sedikit. 

"Jom.." Amal menghapuskan kepulan awan lamunan Iman. Iman angguk.

"Mal, aku cuak la." Iman melepaskan keluhan.

"Tasha?" Amal angkat kening sebelah. 

"Tara hal punya. Allah ada, kan?" Bahu Iman dirangkul.

Ketara riak terkejut Tasha melihat Iman dalam usrah kali ini. Namun, senyuman tetap asing di bibir Tasha untuk Iman. Dijelingnya lagi adalah. Nasib baik lah ada Amal, kalau tak, memang tak lah aku nak jejak lagi ke sini. 

Usrah berjalan seperti biasa dengan perkongsian daripada ahli kumpulan usrah. Kali ini, Tasha senyap tak seperti minggu lepas. Tiba giliran Amal berkongsi, bahagian hadis. 

"Pernah dengar kisah ahli ibadah dan ahli maksiat?"

Ahli usrah berpandangan, ada yang geleng kepala termasuklah Iman. Ada yang anggukkan kepala, dan ada yang sekadar diam, angguk tidak, geleng pun tidak termasuklah Tasha.

Amal senyum. "Hadis ni, diriwayatkan daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Rasulullah saw bersabda, masa zaman bani israel dulu, ada dua orang lelaki yang sangat berbeza sifatnya. Seorang tu suka buat dosa, seorang lagi pula rajin beribadat. Setiap kali lelaki yang rajin beribadat tu nampak kawannya tu buat dosa, dia akan suruh kawannya berhenti daripada melakukan dosa. Begitulah seterusnya. Tapi, suatu hari rakannya yang suka buat dosa tu menjawab bila disuruh bertaubat oleh rakannya tadi. Katanya, "Jangan pedulikan aku, terpulang pada Allah mahu melakukan bagaimana pun. Adakah engkau diutuskan Allah untuk mengawasiku?" Korang rasa ahli ibadah tu jawab apa?"

"Erm.. dia biarkan je kawannya tu, kot?" Jannah meneka. 

"Tak.. Yang si ahli ibadah tu jawab balik, "Demi Allah, dosamu tidak akan diampunkan oleh Allah dan Dia tidak akan masukkan engkau ke dalam syurga. Kemudian, kedua-duanya mati dan dihadapkan ke hadapan Allah. Allah berfirman kepada lelaki ibadah tadi, "Adakah engkau lebih tahu daripada aku? Atau kamu dapat mengubah apa yang telah berada dalam kekuasaan tanganKu?" Kemudian, Allah berfirman kepada ahli maksiat tadi, "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu." Dan Allah berfirman kepada malaikat, "Masukkan orang ini (ahli ibadah) ke neraka." Tamat. Jadi, siapa nak kongsi apa pengajaran daripada hadis ni"  Amal senyum memandang setiap ahli usrah.

"Jangan bangga dengan kebaikan yang kita buat. Kita pun tak tahu mana baik kita yang Allah terima, kita pun tak boleh nak confirm semua amal ibadah kita Allah terima ke tidak." Anati bersuara beri pandangan. 

Amal angguk kepala. "Betul.. Yang lain? Haa Iman?"  

Iman senyum. "Bukan hak kita untuk tentukan syurga atau neraka bagi diri kita, apatah lagi nak tentukan untuk orang lain. Sungguh, bukan hak kita." 

"Dan.. Rahmat Allah tu sangat lah luas tak terjangka dek akal kita." Jannah yang terakhir menambah isi.

Selesai beberapa perkongsian, usrah mereka tamat, dan seperti biasa semua saling bersalaman sebelum berangkat pulang ke rumah masing-masing. Tasha menarik tangan Iman perlahan. Iman terkejut. Dilihatnya Tasha memandangnya, tapi kali ini bukan dengan jelingan tajam atau pandangan sinis. 

"Tasha?" Iman menegur Tasha.

"Aku nak mintak maaf.. Aku mintak maaf sebab minggu lepas aku.. aku.. yang minggu lepas tu la." Tasha dah menangis sebak. 

Iman senyum. Ditariknya tubuh Tasha perlahan, dipeluknya Tasha erat. Sungguh, Rahmat Allah sangat luas. Semua ni kerana kasih sayang Allah. 

Amal senyum, syukur. Alhamdulillah.. Apalagi yang indah bila dua hati bertaut sayangnya kerana Tuhan. 

Sampai sahaja di rumah, berlari Iman naik ke bilik capai S2nya, nombor abangnya didail.

"Abangggggg! Adik dengan Tasha dah baik! Tasha mintak maaf, adik peluk dia! Aaaaaa indahnya abang tahu tak?!" Excited suara Iman kedengaran.

Eyji senyum senget. "Oi, salam mana?"

Senyum Iman mati sekejap. "Assalamualaikum... dengar tak orang cakap tadi?" Matanya dijulingkan ke atas. Abang aku ni lahhh... 

"Dengar. Alhamdulillah.. Adik, moga kita istiqamah. Mama mana?"

"Lalu depan bilik mama tadi, dengar mama ngaji." 

Eyji senyum. Iman senyum. Keduanya tangis syukur dalam hati. A very good start. Alhamdulillah ala kulli hal. 

Tamat..

No comments: