Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Tuesday 16 February 2016

Fitrah;Baik (Part Iman II)



“Assalamualaikum” Laju Iman terus masuk ke rumah. Niat nak terus naik ke bilik, excited nak cuba pakai tudung yang Amal bagi. Tapi langkahnya terhenti di anak tangga pertama. Telinganya dengar bunyi suara orang berbual. Aik, Mak Ina cakap dengan siapa? Bukan mama kata balik malam sebab mama dengan abah ada dinner apa entah. Hal business, biasalah. Kakinya perlahan mengatur ke dapur. 

Terkejut dia melihat susuk tubuh belakang seorang lelaki. Aku rasa aku kenal baju ni. Abang! Kemain gelak borak dengan Mak Ina. 

“Bahagialah tipu orang?!” Iman tepuk belakang Eyji dengan kuat. 

Menggelegak Eyji ketawa. “Balik dah diaaaaa. Pergi mana?” 

“Apesal tipu orang! Tak pasal-pasal kena tembak.” Iman tarik muka, muncung. Langkah kaki menuju ke Mak Ina pula, intai periuk atas dapur.

“Uish! Pi mana sampai kena tembak?” Eyji tanya muka tak berperasaan.

Iman angkat kening, double-jerk. “Jom orang cerita!” 

Berlari Iman menarik tangan abangnya ke ruang tamu. Mak Ina senyum geleng kepala. Pantang jumpa dua beradik tu. Ye la, dua beradik je. Yang tu la nak gaduh, nak manja, nak merungut segala bagai. Bahan tumis dah naik bau, Mak Ina terus layan masakkannya. 

Eyji senyum nipis. Adik aku bersungguh. Alhamdulillah. “Permulaan yang ohsem.” Kepala Iman diusap perlahan. 

“Tu apa?” Matanya menghala ke arah beg kertas di atas meja. Kalau tak silap, dari dapur tadi, aku nampak dia pegang beg kertas tu. 

Iman terus senyum. Beg kertas diambil, duduk semula sebelah Eyji. 
 “Amal bagi! Taraaaa!” 

“So, bila nak pakai?” Eyji angkat kening sebelah. Terus Iman kedu menunduk. 

Eyji tahu adiknya masih buntu entah macam mana nak mula, pandangan orang entah sinis ke tumpang syukur sekali, solat pun baru nak belajar cukup-cukupkan 5 waktu. 

“Adik, apa tadi Amal cakap kat penghujung usrah korang tu?”

Iman lepaskan keluhan berat. “Yakin Allah tolong, nak buat baik, buat je. Allah mesti bagi dorongan punya.”

“Peluang, Allah dah bagi. Tinggal kita nak ambil ke tidak.”

Azan berkumandang sewaktu dua beradik leka bual dari hati ke hati. Maghrib dah masuk.

“Jom, solat sekali.” Eyji tepuk manja bahu Iman. Iman angguk. Kata-kata abangnya bermain dalam kepala.  Peluang, Allah dah bagi. Tinggal kita nak ambil ke tidak.

Kali pertama ada solat Jemaah dalam rumah ni. Kira a good start la walau berdua je dengan Iman kan. Sekali lagi, kepala Iman yang masih bertelekung diusapnya waktu mereka berdua bersalaman. 

“Main kepala orang je pehal?” Iman tepis manja tangan Eyji. Eyji sengih. “Eh kejap. Abang bawa buku yang adik minta hari tu.” Mata Iman bersinar. “Nak!” 

Buku Learning From Quran dan Maryam: An Exemplary Muslim Women disambut dari tangan Eyji. “Dua?” Eyji angguk. 

Quran kecilnya dicapai, duduk kembali atas sejadah. Mata Iman bersinar macam dapat duit seguni. Terus berlari masuk ke biliknya dengan telekung tak dibuka. “Terima kasih aaaabaaangggg!” Sempat jerit, Iman iman. Eyji geleng kepala. Moga ini permulaan kepada keluarga sakinah. Bacaanya lepas subuh tadi disambung. 

Iman menimbang tara buku mana yang nak dibaca dulu. Manalah abang aku dapat buku-buku ni. Kedai buku la kan? Takkan bengkel kereta. Okay, baca ni dulu! Maryam: An Exemplary Muslim Women diambil. 

According to the Quran, however, men and women have the same responsibilities and characters, for Allah refers to an ideal Muslim character. He defines the Islamic character in the following verse:

Men and women who are muslims, men and women who are believers, men and women who are obedient, man and women who are truthful, men and women who are steadfast, men and woman who are humble, men and women who give charity, men and women who fast, men and woman who guide their chasity, men and women who remember Allah much: Allah has prepared forgiveness for them and an immerse reward. (Surat al-Ahzab: 35) 

Bacaan Iman pada introduction buku itu terhenti sejenak. Allah has prepared forgiveness for you, Iman. Your Choice, Iman. You choose.  Tambah yakin dan nekadnya dalam hati. Bacaan diteruskan. 

Sedang Iman leka membaca, terdengar bunyi pintu diketuk. “Adik, isyak! Jom jom sekali.” Lekas Iman turun dari katil, Maryam: An Exemplary Muslim Women diletakkan di atas meja. 

Entah kenapa, sayu mendengar bacaan abangnya. Bukan dia faham makna surah yang abangnya baca, nama surah pun dia terkial kial meneka. 

Selesai solat, Eyji mengajak Iman duduk sebentar. “Adik, nak dengar satu story tak?” Iman anggukkan kepala, senyum. 

“Kisah taubat si pembunuh. Pernah dengar?” Iman geleng kepala. 

“Ni hadis. Riwayat daripada Abu Sa’id Al-Khudri radiallahu ‘anha. Kalau hadis, datangnya daripada siapa?” Eyji angkat kening sebelah. 

“Rasulullah..” 

Eyji sambung lagi. “Dulu, ada seorang ni dah bunuh 99 orang. Then, dia cari seorang alim. Dia ditunjukkan kepada seorang pendeta, dia pun jumpa pendeta tu beritahu dia dah bunuh 99 orang, apakah taubatnya masih diterima? Si pendeta tu jawab apa agak agak?”

“Ermm.. jawab tak kot?” Iman meneka. Eyji angguk kepala dan sambung.

“Yup. Pendeta tu jawab tak diterima. Lelaki tu pun bunuh pendeta tu tadi, maka genaplah 100 orang yang dia dah bunuh. Lepas tu, dia pun cari lagi seorang alim yang lain. Kemudian, dia ditunjukkan kepada seorang alim yang lain. Dia pun beritahu alim tersebut yang dia dah bunuh 100 orang ni, adakah taubatnya masih diterima? Teka yang alim tu jawab apa?”

Iman terkebil-kebil. “Aaaaaaa, tak jugak la kot. 100 orang tu!” Eyji senyum.

“Si alim tadi jawab, Ya taubatmu masih boleh diterima, siapakah yang dapat mengalang seseorang yang ingin bertaubat? Lepas dengar jawapan tu, maka orang yang dah bunuh 100 orang tu pun pergi ke satu daerah yang disebut oleh si alim tadi sebab katanya di daerah tersebut, penduduknya menyembah Allah, dan si alim tadi pesan agar dia tidak perlu kembali ke kampungnya lagi kerana kampungnya merupakan daerah yang teruk. Adik teka apa jadi?”

“Cerita je la adoi! Aaaaaaa ha! Orang kat daerah lain tu, ada yang terima dia, ada yang sisihkan dia?” Iman hentam lagi.

“Bukan. Masa orang tu dalam perjalanan, dia mati. Maka, turunlah malaikat rahmat dan malaikat azab, nak ambil orang tu. Tapi diorang bertengkar, siapa yang seharusnya ambil orang tu. Malaikat rahmat kata, Dia menuju ke sana untuk bertaubat kepada Allah swt dengan sebenar-benarnya.  Tapi malaikat azab jawab, sesungguhnya dia tak pernah melakukan kebaikan sedikit pun. Kemudian.. datang satu malaikat dalam bentuk manusia dan kedua malaikat tadi setuju menjadikan malaikat tadi sebagai hakim. Malaikat yang jadi hakim tu suruh dua malaikat tadi ukur jarak kedua daerah tersebut dengan orang tadi, dan daerah yang lebih dekat dengannya, itulah ketentuannya. Lepas diukur, ternyatalah daerah yang dituju untuk bertaubat lebih dekat. Akhirnya, pembunuh tu diterima oleh Malaikat rahmat. Tamat..”

Iman kelu. “Abang.. adik banyak tinggal solat, tak tutup aurat, kira adik pun macam pembunuh tu ke? Masih ada peluang untuk taubat?” Air mata Iman laju mengalir. 

Eyji angguk, senyum. Kepala adiknya diusap perlahan. “Allah maha penyayang, dik. Allah dah bagi peluang, jangan lepaskan. Okay?” Iman angguk perlahan. Air matanya diseka dengan hujung telekung yang masih belum dibuka. 

“Esok, teman orang cari Quran yang ada makna tu.” Iman terus bangun menuju ke bilik. Eyji senyum syukur. 

bersambung lagi.. heh




No comments: