Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Sunday 23 August 2015

Manifestasi Rindu

"Nurul.. Malam ni tidur sini ye." 

Nurul menyengih, dalam fikir fikir lagi. Nak tidur ke tak nak? Ikutkan hati dia memang lajunya kalau nak tidur rumah wan. Lepak dengan ucu, makan masakan wan, fuhh.. Main main usha wardrobe ucu. Kehkeh. 

"Okay ucu! Nurul tidur sini. Hehe. Ucu cakapkan dengan ibu eh."

Pn. Roziyah angguk sambil kenyit mata sebelah. Selalu pakat macam ni dua beranak sedara ni. 

"Kak lang.. nurul tidur sini boleh?"

Pn.Salmi diam memikir. "Boleh lah kak lang.. Bukan selalu.."

"Ye lah ye lah.. Dengan baju apa tak bawak."

Nurul dah menyengih memandang Pn.Roziyah. "Alaaa. Baju ogy adalah. Berus gigi stok semua ada"

Seronok je Nurul melambai ibu ayah dan adik adiknya dalam kereta. Tinggal ready nak tutup gate rumah wan je ni. Masuk je rumah, nurul ambil port sebelah ucu, tengok drama bersiri apa entah yang ditayangkan. Layankan je. 

"Esok nurul nak sarapan apa?"

"Ucu ni, malam dah tanya sarapan. Haha. Apa pun boleh. Tak kisah."

"Nasi lemak burung puyuh sedap. Esok suruh atuk beli."

Hahahaha. Ingatkan ucu nak belikan. Ya lah, ucu pagi pagi dah sibuk bersiap nak pergi kerja. 

Kedua-duanya membatu diam semula. Leka menonton tv. Adi putra pelakonnya weh, memang ralit lah. 

"Nurul.. Nurul.."

Nurul memandang Pn.Roziyah. Kening sebelah diangkat. Tanda Ya, ada apa?

"Nurul ajar ucu ngaji lagi boleh?"

Nurul terus senyum. "Boleh. Bila?"

"Sekarang?" Pn.Roziyah senyum tak lekang. 

Nurul angguk senyum. 

"Jap, ucu ambil wudhuk ya."

Pn.Roziyah pilih untuk baca surah yassin. Nurul diminta untuk dengar bacaannya, dan betulkan. 

Alhamdulillah selesai seround surah yassin bacaan ucu. Lancar je bacaan ucu. Bukan tak reti baca langsung. Cuma ada sikit sebutan huruf yang nurul betulkan. Memang setiap kali nurul tidur rumah wan, memang inilah rutin di malamnya seusai isyak. 

Samsung Note 3 nurul berdering. Terkejut dia terus meraba katil di tepinya mencari telefon. 

"Nurul, buat apa?" Pn.Salmi mesra bertanya. 

"Tak ada apa. Teringat ucu.."

Terus matanya jatuh pada Yassin yang dipegang tak lepas seusai bacaannya lepas maghrib tadi. 

Roziyah bt Othman. Pemilik nama yang selalu dirindu rindukan. Pemilik nama yang kadang buat nurul menangis tiba-tiba. Tiap kali ke rumah wan, tempat ucu di dapur, tempat ucu di ruang makan, tempat ucu di ruang tv selalu nurul terbayang seperti ucu duduk di situ.

Al fatihah. Mana pun ucu, moga sentiasa dalam pelukan rahmat Allah.

Saturday 15 August 2015

"Ikhlas dan ambil Hikmah."

"Ikhlas. Ambil hikmah."

Ni dua pesanan yang disampaikan oleh seorang hamba Allah pada aku. Barangkali pesanan untuk dirinya juga. Ah, dah kenapa ayat aku macam skema je.😂

"Ikhlas. Ambil hikmah." Dua pesan ringkas tapi cukup cukup buat aku terjelepok jatuh, buat aku terkedu pegang handphone pon tak rasa pegang apa apa, termenung dan berhuhuhu. 

Pesan yang aku ambil, pesan yang sampai kepada aku, pada waktu yang tepat. Walau asalnya pesan ini atas kerana topik serius gila yang kami bincangkan, tak ada kaitan dengan life aku pun. Tapi, dua pesan ni meresap zuuppp masuk dalam hati aku suruh aku muhasabah diri. 

Ikhlas. 
Ikhlas lakukan ibadah kerana Allah. Tak harapkan mak ayah nampak, tak harapkan mak ayah puji, tak harapkan supaya bila kak naqibah soal kita boleh jawab. Bukan sebab semua tu. Sebab Allah semata. Allah di hati. Allah di tempat yang paling tinggi dalam hati kita, seperti yang sepatutnya begitu. Lalu bertanyalah aku pada hati sendiri, wahai hati, dimanakah Allah dalam dirimu? Sentap weh! Sumpah aku terkedu. 

Ambil hikmah.
Apa pun yang jadi pada diri kita, ambil hikmahnya. 
Apa pun yang jadi pada sekeliling kita, ambil hikmahnya.
Apa pun yang jadi yang kita dengar kisah kisahnya, seperti kisah para nabi dan sahabat, ambil hikmahnya.
Dalam diri tengah struggle untuk telan benda pahit yang jadi pada diri sendiri, Allah hantar teguran ni melalui seorang hamba Dia. Allahhurabbi. Dalam aku diperlihatkan secara live kes kes jadi depan mata aku, Allah hantarkan pesan ambil hikmah. Allah ingatkan aku semula lagi dan semula dan sekali lagi dan lagi. Nampak tak betapa aku banyak kali lupa, lalai apa yang dah Allah tegur before this. Astaghfirullah.. 

Ikhlas. Ambil hikmah. 
Ingat ya.
Ikhlas. Ambil hikmah. 

Tak cukup sekadar kita tahu. Tak cukup sekadar kita sedia maklum. Tapi ikhlas tu terbang melayang. Nak ambil hikmah pon ego menepis kata tak sudi. Moga Allah jauhkan kita daripada sikap sikap yang mazmumah. Ameen.