Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Sunday, 23 August 2015

Manifestasi Rindu

"Nurul.. Malam ni tidur sini ye." 

Nurul menyengih, dalam fikir fikir lagi. Nak tidur ke tak nak? Ikutkan hati dia memang lajunya kalau nak tidur rumah wan. Lepak dengan ucu, makan masakan wan, fuhh.. Main main usha wardrobe ucu. Kehkeh. 

"Okay ucu! Nurul tidur sini. Hehe. Ucu cakapkan dengan ibu eh."

Pn. Roziyah angguk sambil kenyit mata sebelah. Selalu pakat macam ni dua beranak sedara ni. 

"Kak lang.. nurul tidur sini boleh?"

Pn.Salmi diam memikir. "Boleh lah kak lang.. Bukan selalu.."

"Ye lah ye lah.. Dengan baju apa tak bawak."

Nurul dah menyengih memandang Pn.Roziyah. "Alaaa. Baju ogy adalah. Berus gigi stok semua ada"

Seronok je Nurul melambai ibu ayah dan adik adiknya dalam kereta. Tinggal ready nak tutup gate rumah wan je ni. Masuk je rumah, nurul ambil port sebelah ucu, tengok drama bersiri apa entah yang ditayangkan. Layankan je. 

"Esok nurul nak sarapan apa?"

"Ucu ni, malam dah tanya sarapan. Haha. Apa pun boleh. Tak kisah."

"Nasi lemak burung puyuh sedap. Esok suruh atuk beli."

Hahahaha. Ingatkan ucu nak belikan. Ya lah, ucu pagi pagi dah sibuk bersiap nak pergi kerja. 

Kedua-duanya membatu diam semula. Leka menonton tv. Adi putra pelakonnya weh, memang ralit lah. 

"Nurul.. Nurul.."

Nurul memandang Pn.Roziyah. Kening sebelah diangkat. Tanda Ya, ada apa?

"Nurul ajar ucu ngaji lagi boleh?"

Nurul terus senyum. "Boleh. Bila?"

"Sekarang?" Pn.Roziyah senyum tak lekang. 

Nurul angguk senyum. 

"Jap, ucu ambil wudhuk ya."

Pn.Roziyah pilih untuk baca surah yassin. Nurul diminta untuk dengar bacaannya, dan betulkan. 

Alhamdulillah selesai seround surah yassin bacaan ucu. Lancar je bacaan ucu. Bukan tak reti baca langsung. Cuma ada sikit sebutan huruf yang nurul betulkan. Memang setiap kali nurul tidur rumah wan, memang inilah rutin di malamnya seusai isyak. 

Samsung Note 3 nurul berdering. Terkejut dia terus meraba katil di tepinya mencari telefon. 

"Nurul, buat apa?" Pn.Salmi mesra bertanya. 

"Tak ada apa. Teringat ucu.."

Terus matanya jatuh pada Yassin yang dipegang tak lepas seusai bacaannya lepas maghrib tadi. 

Roziyah bt Othman. Pemilik nama yang selalu dirindu rindukan. Pemilik nama yang kadang buat nurul menangis tiba-tiba. Tiap kali ke rumah wan, tempat ucu di dapur, tempat ucu di ruang makan, tempat ucu di ruang tv selalu nurul terbayang seperti ucu duduk di situ.

Al fatihah. Mana pun ucu, moga sentiasa dalam pelukan rahmat Allah.

No comments: