Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday, 1 January 2016

JUDGEMENTAL

Eppi mengetuk meja perlahan ikut irama lagu di mp3nya, Obsesi-Hujan. Mindanya ligat mencari idea untuk penulisan barunya. Acha tak ambil kisah dengan bunyi bising, asal ada buku di tangan, hidup la dia. Peribadi hasil nukilan Hamka dibaca, khusyuk. Beberapa ketika, mamak menghantar pesanan mereka. Eppi senyum, "Aaaaa roti pisang cheese ah? Okay, Thank you.." Eppi ajuk gaya teleng kepala mamak tersebut. Acha yang lapar turut ketepikan buah hatinya seketika. 

"Eh, tadi kata si bedah nak makan sekali? Mana dia?" Acha bertanya, tapi mata tak beralih daripada roti sardin yang dipesan. Milo ais nya dihirup. Eppi pandang Acha sekilas, angkat bahu. Sambung makan. Acha faham sendiri, makna reaksi tersebut ialah sekadar entah, tak ambil tahu.

Tak lama kemudian, "Cha! Pi!" Bedah terus duduk. 

"Lambat. Kitorang dah habis makan." Eppi teguk horlick panasnya yang masih bersisa.

"Ala, teman la aku makan. Ada hal tadi." Bedah buat muka kasihan, dipandangnya Acha dan Eppi. "Ye lah. Order lekas." Acha sabar melayan. Eppi dan Acha bangun ke sinki.

"Kau ni pi, lepak kedai mamak pun sibuk dengan laptop." Bedah memecahkan sunyi mereka. Acha tak ambil kisah, bacaannya sudah hampir masuk ke muka surat yang ke-9.
 Kata Hamka, 
 "Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga,belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak."  

Acha teruskan bacaan. Eppi cuma senyum, nasib baik lagu Astakona-Dish tak dipasang dalam volume yang kuat. Boleh dengar lagi lah bunyi sekelilinngnya. 

Kemudian, pesanan Bedah pun sampai. Milo Ais dan Mee Goreng Mamak. Sambil menjamu selera, "Eh, yang korang borak kat twitter balong balong balong, siapa tu?" Acha angkat kening sebelah, dipandangnya Bedah yang bertanya, kemudian dilihatnya pula Eppi yang sengih. Sengih sinis tanda malas nak layan. Acha tolong jawab, "Mana ada siapa, tu kitorang gurau gurau je la." 

Bedah mengeluh. "Orang baca hahahaha korang punya panjang pun, orang tau la tu gurau. Tapi siapa balong tu? Betul-betul wujud ke?" Disuapnya mee goreng ke dalam mulut. 

Eppi menjulingkan matanya ke atas. Bedah yang memang bedah betul lah dia ni. "Wujud, pakwe aku." Acha sengih senget. 

"Amboi kau. Kau bukannya layan cintan cintan ni. Siapa tu? Share lah." 

"Guitarist Hujan la. Ni haa." Eppi beralah, dibukanya profil instagram Agcoco, ditunjukkan gambar agcoco kat Bedah. Bedah tak jadi suap mee gorengnya. Diletakkan balik garpunya. "Ni? Mak ai. Rambut panjang, main muzik, rock seh gaya dia." Matanya tak lepas melihat gambar agcoco. Dilihat pula post lain, kali ni gambar agcoco sedang perform di pentas.  Bedah pandang Eppi, kemudian pandang Acha, dengan kening double-jerk. 

"Apahal kau?" Eppi tergelak. Tapi bedah muka serius habis. 

"Weh, ish. Dia solat ke tak? Orang macam ni biasanya, dengan main muziknya" Air muka Eppi terus berubah. Acha pun sama. Bedah terus ajukan soalan. "Dia jaga ikhtilat tak?" 

Soalan bedah dibiarkan sepi seketika. Eppi ambil semula samsung note3 nya di meja. Perlahan, Eppi senyum. "InsyaAllah solat. Aku tak tinggal serumah dengan dia sampai melayakkan aku untuk persoal dia solat ke tidak. Dan wallahhua'lam pasal ikhtilat. Mudah-mudahan Allah jaga." Bedah senyap. 

"Eh,ni sebelum datang sini dah zohor belum? Dah nak asar. Lagi setengah jam lebih kurang." Acha mula bersuara. 

"Alamak! belum." Lekas-lekas bedah bangun. Mee gorengnya dihabiskan suapan terakhir. Belum sempat dia meninggalkan Eppi dan Acha, seorang lelaki menyapanya dari belakang. "Sayang!". Lengan bedah disiku oleh lelaki tersebut. Eppi dan Acha saling berpandangan. Tiada reaksi. 

Eppi angkat kening sebelah, tanda pertanyaan siapa. Acha senyum, "Bakal tunang katanya."

Dua sahabat itu terus berlalu menuju ke masjid berdekatan memandangkan waktu asar dah dekat. 

Siapalah kita hendak menilai membabi buta kan? Membuta tuli.
Apalah jaminan Allah angkat kita lebih tinggi daripada orang lain? Sedang Allah pilih penghuni syurga pun atas rahmatNya. Just stop being Judgemental. 

Tak kena ukur ilmu, ukur amalan based on apa diorang pakai, panjang rambut, lilit serban ke rambut ala korea, kopiah ke cap memanjang, jubah ke jeans, tudung bulat ke shawl, labuh ke ngam ngam kat dada, dan lain lain. 

Siapa tahu yang kita fikir tak solat sebab tak pernah nampak kat surau kawasan rumah adalah orang yang istiqamah qiamulailnya? Jemaahnya di merata tempat? Kita bukan ada dengan semua orang 24 jam untuk pertikai tiap amal dia. 

Judgemental, buang jauh jauh.
Moga iman tidak mudah rapuh.

1 comment:

Ukhti Wajihah said...

Hukum ni keja Tuhan..jangan ambil kerja Dia