Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Saturday, 9 January 2016

Baik;Fitrah (Part 2)

                                                
Perbualan tamat. Eyji tersenyum. Tapi, senyumannya mati dek terkejut dibaling bantal oleh Ijat.

"Padddiiiaaa?" Eyji balas serangan Ijat. Ijat tepis balingan bantal Eyji. Malang tak berbau, Man yang tengah menyanyi tak sudah jadi mangsa. 

Semua gelak, cuma Man yang berkerut. "Kacau ah! Aduh.." 

"Tak payah buat muka merajuk ala ala muncung itik tu, seram aku." Qib ketawa.

"Ni ha, aku ada benda nak habaq ni." Ijat mula jadi serius.

"Kau nak tunang? Ke kahwin?" Lupi sengih.

"Hang jatuh hati kat awek mana?" Qib menambah gula

"Hang dapat offer berduet dengan Fynn Jamal?" Eyji join sekaki

Ijat tepuk dahi. Budak-budak ni alahai. "Diam lah! Korang lapar kaki ke?" 

Pecah ketawa satu rumah. Ijat lekas sambung bersuara sebelum diorang sambung membahannya balik. "Esok Dish buat gig rupanya.Nak pergi tak?" 

"Astakona?" Man dah memasuki mood nak sambung menyanyi.

"Sofa biru?" Eyji jadi tukang tambah perisa.

"Astakona, Sofa Biru, Sang Animo, semualah! Aduh.." Qib tak sabar nak tahu masa gig bermula, di mana tempatnya. "Kat mana jat? Bila?"

"Kat Shamim Cafe, Pukul 9 pm." Ijat meneguk air, haus cakap dengan budak-budak ni.


Esoknya..

Eyji, Qib dan Lupi selesai solat asar berjemaah. Jam menunjukkan pukul 5.05 petang. Batang hidung Man dan Ijat masih tak kelihatan, belum balik lagi daripada beli barang rumah. 

"Ni, kita nak pi pukui berapa sat gi?" Qib pecahkan sunyi sambil melipat sejadah.

"8.30?" Lupi meletakkan kopiah di atas katilnya.

"Lepas solat maghrib, kita pi makan, lepas tu gerak la ke kafe tu." Eyji lanjutkan cadangan.

Lupi dan Qib angguk setuju. "Nanti dua orang pak cik tu balik, kita habaq kat depa." Qib tamatkan perbualan. Kemudian, masing-masing buat hal sendiri. Lupi sambung bacaannya yang tergendala 3 hari yang lalu. Peribadi yang dibacanya baru melangkah ke muka surat 12.

Tetapi haruslah kita sedar pula bahawasanya mengenal diri sendiri itu, seribu kali lebih sukar daripada keinginan hendak mengetahui peribadi orang lain. Nabi Muhammad saw bersabda, "Berbahagialah orang yang mementingkan hal menyelidiki cela dirinya sendiri, dan tidak hanya menyelidiki kecelaan orang lain." 

                                                       --Bersambung--



No comments: