Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday, 25 December 2015

Hilang

Berhabuk dah blog ni. Fuh fuh. Tiup sikit. 

Hilang. 

Kehilangan satu rasa yang sangat perit. Tak kisah lah kau hilang apa. Tapi paling sakit hilang orang tersayang. Orang yang dekat dalam hati. Tiba tiba, ting! Bangun pagi esoknya, dia dah pergi. Kalau kes aku hilang ucu, aku tak sempat nak tidur malam tu pun, kezen dah call bagitahu ucu dah balik tempat asal. Allah. 

Cakap memang senang kawan. Yang dah mati, biarkan dia abadi. Di sana. Tu hakikat yang semua orang tahu. Tapi, untuk orang yang sedang merasa, dia juga perlukan ruang untuk bina balik kekuatan dalam detik detik tempuh keadaan hilang itu. 

Kalau rasa dengan bercakap, buat orang lagi down dan menjauh, baik diam saiyang. Cukup doa doakan moga dia lekas kuat. 

Lain orang, lain saiz ruang yang dia perlukan. 
Lain orang, lain detik masa yang dia perlukan. 
Tak boleh nak pukul rata semua orang kuat macam kita, ye dak. Kita? Kekekeke

Kadang, orang yang senyum gelak memanjang, sakan usik orang sana sini, dia lah yang tengah henyak henyak kasi sorok segala macam jenis gusar dan sakit. 

Pada yang sedang merasa kehilangan itu, moga moga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Kalau hilang itu atas asbab dia kembali kepada Tuhan kita, moga moga jumpa nanti dalam bahagia yang abadi di syurga. 


No comments: