Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Monday, 16 November 2015

#RandomThought

Assalamualaikum, hye!

Alhamdulillah, 14 nov lalu genap dah aku berumur 23 tahun. Makin tambah umur, makin dekat mati wooo. Jangan ditanya tanya bila nak kahwin eyew. haha

Rindu ibu ayah membuak-buak. Ulang-ulang dengar voice note ayah, "selamat hari jadi aaloooonggg". sampai nangis! boleh bayangkan ayah cakap sambil senyum senyum. adoi cair hati seorang kak long. haha 

Baca mesej ibu berulang-ulang. Tiba-tiba mydin pasang lagu arjuna beta. Alahai mulalah meleleh. Tiap kali, rindu yang sangat sampai buat aku menangis, aku akan cover dengan baca surah luqman. Sebab banyak pesan luqman buat anaknya, itulah juga pesan ayah aku kat aku dan adik-adik selalu. 

Kejutan yang tak terjangka daripada sahabat-sahabat, Allah kirim dorang, Alhamdulillah.

Bila makin menginjak dewasa, ada yang kata aku sekarang dah lain, bukan macam dulu. 

Well, keadaan merubah kita. Masa yang membawa kita kepada keadaan tersebut mengajar kita sesuatu dan lalu hasilnya berubahlah seseorang itu. 

Rugilah kalau kita tak belajar daripada sesuatu peristiwa atau pengalaman. Takkan nak jatuh kat lubang yang sama untuk kali ke-2 dan ke-3 dan ke-4 dan seterusnya, kan?

Cik kak, moga-moga jadi yang terbaik, yang awesome untuk ibu ayah di dunia dan akhirat. Dalam kepala cik kak seorang ni, tak sabar nak habiskan degree sebab :

1) Kerja (ibu ayah dan adik2)
2) Nak join NGO dalam kebajikan
3) Tulis buku
 

No comments: