Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Tuesday 27 October 2015

"Muhammad."

Assalamualaikum and hye :)

I dont know how to start. Kriik kriik. heh

Ok here we go. Allahhumma solli a'ala sayyidina muhammad.

Bila dengar "Muhammad", bibir terus jadi senyum. Walau tengah ralit menaip sekalipun. 

Bila baca kisah Rasulullah saw, tentang cinta baginda saw kepada ummat, tentang segala jerih payah baginda saw, tentang rindu yang bertamu dalam jiwa baginda saw buat kita, tentang betapa pemaafnya baginda saw, tentang betapa mulianya hati baginda saw, tentang betapa baginda saw tidak membalas satu pun kejahatan yang dilakukan terhadapnya, hati jadi runtun. Nak gambarkan bagaimana pun payah. 

Kalau dulu, gusarnya hati baginda saw untuk ummat. Kitalah.
Tapi kini, ummatnya, kita lah. Gusar untuk dunia yang tak habis lelah

Kalau dulu, tangis baginda saw kerana ummat, kitalah.
Tapi kini, tangis ummatnya, kitalah. Kerana cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Kalau dulu, tidakkan tenang hatinya selagi tidak dijamin keselamatan ummat, kitalah.
Tapi kini, tidak tenang hati ummat, kitalah. Bila lapar akan hiasan dunia.

Kalau dulu, dirasakan kehadiran ummat sedang belum wujudnya ummat itu, kitalah.
Tapi kini, ummat, kitalah. Abaikan segala rasa perih darah yang direlakan oleh baginda saw.
Sedang segalanya untuk ummat, kitalah. Kita.

Sungguh, aku tak tahu mahu digambarkan bagaimana perasaan bila menyebut perihal Nabi Muhammad saw. 

Rindu yang sangat susah untuk dikisahkan.
Betapa aku sangat menginginkan suatu masa, Rasulullah saw memandang aku, dan memanggil aku, "wahai nurul nadia.." sambil baginda saw senyum pada aku.
Aku sangat menginginkannya. 

Andai kata, ada jiwa yang sedang jatuh tika ini
Andai kata, ada hati yang sedang berdarah detik ini
Jika jiwa yang jatuh itu adalah kerana putusnya cinta dengan si dia
Jika hati berdarah kerana cinta yang tak tersambutkan oleh si dia
Bangunkan semula jiwamu
Basuhkan luka di hatimu
Dengan kalimah indah Allahhumma solli a'ala sayyidina muhammad

Cinta kita kepada baginda saw, pastikan berbunyi
Kerana ia kan disambut indah
Perasaan bahagia itu selamanya dilamun cinta
Dibuai indah perasaan rindu yang berbalas
Jauh di sini, menunggu masa untuk dekat di sana

...

Untuk memulakan pun aku tak tahu. Untuk mengakhiri tulisan ini pun aku bingung.

Apa lagi harus aku tuliskan? 

Selawatlah kita berbanyak banyaknya ke atas baginda saw. 
Allahhumma solli a'ala sayyidina muhammad
Moga-moga rasulullah saw senyum melihat menyambut cinta kita untuk baginda saw.

Moga-moga tulisan cacar merba ini menjadi asbab berputiknya cinta aku dan kita semua khas buat Nabi Muhammad saw. 

Cintai baginda saw, bermakna kita mencintai Allah swt. Wallahhua'lam

Allahhumma solli a'ala sayyidina muhammad

No comments: