Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Monday 15 February 2016

Fitrah;Baik (Part Iman I)



Abang tak jadi balik tau, sorry. 

Ringkas mesej Eyji dibaca. Geram! Abang dah janji, nak bawakan buku itu la apa la.

“Mengada!” Tak sengaja, Iman bersuara sedikit kuat dalam bulatan yang baru dia sertai. 

Sekali lagi mata ahli kumpula usrah itu memandangnya. Tasya yang sedang berkongsi pengisiannya berkenaan srikandi islam, Saidatina Asiah juga terhenti bicaranya, tajam memandang Iman yang tiba tiba menjerit kecil ketika pengisian usrah. Dah la datang usrah dengan tak bertudung, ingat cukup baju kurung semata? Lepas tu, orang tengah bercakap dok merapu benda lain. Ralit ngadap handphone lagi. Eee dia ni! Tasya geram sendiri. Mula dari Amal kenalkan Iman ke dalam kumpulan usrah mereka, Tasya dah beri pandangan tajam.

“Sorry..” Iman senyum kelat dan menunduk. Amal gosok belakang Iman, senyum dan anggukkan kepala. Tanda tak ada apa, chill je.  “Teruskan lah, Tasya.” Amal silakan Tasya menyambung perkongsian. 

Tasya angguk, tapi sempat bagi tembakan padu pada Iman. “Harap lepas ni, fokus lah. Jangan berangan je ngadap handphone. Dengan datang tak……” 

“Tasya, Terus sambung tentang Saidatina Asiah tadi lah.” Amal tetap senyum tapi tegas. 

Muka Tasya kelat jadi tambah kelat, akur dengan naqibah kumpulan usrah mereka. Iman terus rasa seram nak join bulatan tu lagi. Baru first time, dah kena tembak macam tu. Sebab aku free hair ke? Free hair tak ada hak untuk cari jalan baik ke? 

Bulatan itu terus disambung seperti biasa. 

“Alhamdulillah, selesai usrah kita minggu ni. Kira kesimpulan pengisian hari ni, yakin lah pada Allah dalam apa apa perkara. Kita tengah stuck, tengah dalam masalah, tak tahu nak menapak macam mana, jawapannya balik pada Allah, dan yakin susah segala perit yang kita hadap adalah ujian daripada Allah, dan takkan Allah biarkan kita seorang. Mesti Allah bantu punya, pegang tu. Apatah lagi bila nak buat baik, tapi ada je ujian macam-macam, rasa terhalang misalnya, pasakkan dalam hati, ingatkan diri berulang kali bahawa Allah akan bantu dan dorong kita ke arah kebaikan yang kita nak. Okaylah, moga semua dapat manfaat. Macam biasa kita tutup bulatan dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.” 

Masing-masing beredar seusai salam antara satu sama lain. Taman permainan mini Impian Garden ditingalkan. Iman dan Amal jalan balik ke rumah sekali.
 
“Amal… Sebenarnya aku boleh join ke tak ni? Budak Tasya tu macam angin je dengan aku. Kot tak proper sebab aku free hair eh?” 
 
“Eh tak lah. Kita semua sama-sama belajar. Dan semua orang ada hak untuk belajar, semua orang ada hak untuk dapatkan input yang baik semua tu. Tak ada halangan free hair ke apa. Even kalau non muslim nak join pon, tara hal beb.” Amal senyum.

“Aku kan.. weh aku..” Iman teragak-agak menutur. Pandangannya dilontar ke mana mana sepanjang jalan.

“Nak mula pakai tudung?”Amal laju meneka. 

“Mana kau tahu doh!” Bahu Amal ditepuk, Iman angguk.

“Balik ni, lalu rumah aku dulu kan baru rumah kau?” Iman angguk, dahi berkerut.
 
“Singgah rumah aku nanti. Ada benda nak bagi.” Amal senyum senget, kening diangkat sebelah. Iman senyap. Ya tidak, menggeleng pun tidak. Mengelamun adalah. Kenapa lah abang tak jadi balik, sampai hati. Buntu macam mana nak start. 


bersambung..
 

No comments: