Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Thursday, 14 May 2015

Hikmah untuk 4 jiwa

Nurul senyum sendiri..

"weh, ngape kau? senyum sorang-sorang macam apa je." ida menyiku lengan nurul. Athirah yang di depan melihat di cermin sisi. Syafikah tiada respon, fokus memandu.

"Korang.. Ingat tak awal sidang kita?" Senyum nurul makin meleret. 

"Awal sidang?" Athirah dan Syafikah terpinga di depan. 

"Awal taklifan kita?" Ida dah mula senyum ada makna. Meletus gelak kedua-duanya di belakang. 

"Apa benda korang nih?" Syafikah mula bengang. 

"Weh, aku sekeh kang.Takkan tak ingat.. Korang ingat balik cepat!" Nurul cubit bahu syafikah dan athirah yang masih terpinga di depan. Tiba-tiba athirah gelak mengekek. "Lawak la weh!"

Syafikah masih berkerut. "Kau ni Pikah, fokus sangat drive nya pun."

"Konflik!" Keempat empat bersuara, gelak kuat meletus dalam kereta. 

"Dey!! benda tu pergi ingat buat apa?" Syafikah gelak, menggeleng kepalanya. 

"Pada awal sidang, pada awal taklifan kita, Allah uji kita bereempat dengan ukhwah. Alhamdulillah, konflik kita berempat settle. Masa konflik kita berhujung, aku terfikir.. Allah uji ukhwah kita berempat mesti ada sebab. Masa tu, aku terfikir ni mesti ada something yang Allah dah sediakan untuk kita berempat. Masa tu, aku fikir macam tu. Alahaiiii, air mata ni gedik pulak nak beranak sungai ni haaaa.." Nurul berpaling ke luar tingkap. Menyembunyikan sebak. Suasana diam sepi sejenak. Masing masing melayan muhasabah.

"Dan.. yes, mungkin inilah hikmah ujian ukhwah yang Allah beri pada kita masa awal sidang tu. Allah sediakan kita berempat sesuatu yang memerlukan tautan hati kita bersama pada akhir sidang kita pegang taklifan. Tengoklah, akhiranya kita berempat yang saling ada, yang saling menguatkan, yang saling benar memahami keadaan kita. Aku pulakkkk... ida, nak tisu!" 

Sambil hulurkan tisu untuk athirah, ida menghapuskan sepi bicaranya dari tadi..

"Awal sidang kita diuji, akhir sidang kita diuji. Allahhuraabi. Hebat rancangan Allah. Allah kuatkan ukhwah kita sebab kita berempat disediakan benda berat untuk dihadapi bersama. Allahhurabbi.. Aku tak dapat bayang kalau benda ni aku hadap berdua je dengan nurul. Sakit weh! Sakit!" Ida jarang menangis, tapi bila dia menangis, hatinya benar benar disentuh sebak. 

"Aku tengah drive ni, korang buat sebak pulak. Apa yang jadi, insyaAllah ada hikmahnya. Sentiasa.. Alhamdulillah. Saat orang lain mungkin tak percaya kita, saat orang lain tak tahu pun keadaan kita, saat orang lain acah acah faham kita, kita empat orang ni yang benar benar saling ada untuk antara satu sama lain saat diuji macam ni." Syafikah senyum manis. 

"Alhamdulillah.." Empat suara, serentak. Mereka kian punya rasa lapang. Hati dilukai dengan torehan yang amat dalam. Entah berhari puas menangis. Mereka putuskan untuk lantakkan, tapi luka terlalu dalam belum pulih. Parut yang tinggal tak mungkin hilang.

Apa yang jadi, punya hikmah..
Hikmah tersembunyi.. 

Kadang, bila jumpa hikmah tersebut barulah hati terasa kian lapang meski luka dalam dan parut kekal di hati. 

No comments: