Random

Random
Apa apa saja

About Me

My photo
klang, selangor, Malaysia
bukan siapa siapa. cuma hamba YANG MAHA ESA..

Friday 9 January 2015

Im Back! --> The power of DOA

Lama tak menyibok kat sini.

Dari sehari ke sehari jadi seminggu ke minggu bertangguh nak menyibok kat sini.

Pernah tak, korang rasa susah sangat study sesuatu subjek. Korang pun terfikir, acane la nak jawab exam kalau satu mende pun tak paham. Padahal, korang dah work hard habis dah. Pernah rasa tak? Aku? Tiap semester rasa. Haha

Tapi, entah cemana..

Time study last minute untuk exam subjek keras keesokannya, eh.. macam ni je ke? *tiba-tiba rasa bijak* hahaha
But still, rasa cuak tahap gaban mikir exam.

Masa jawab exam pulak, korang rasa.. Alhamdulillah, memang la subjek tu susah. Dan tak sure pun apa yang dicurahkan kat kertas jawapan tu betul ke tidak, tapi korang rasa macam smooth je jawab. Siap mintak paper lebih. hehe


Balik je exam, mak call.

"Acane exam?"

"Ermm Alhamdulillah.. tapi tak tahu lah.."

"Smooth tak jawab?"

"Alhamdulillah, rasa dilapangkan jugak."

"Tengah malam tadi, ibu terjaga. Nampak ayah solat malam. Ibu tengok.. pejam pejam mata ayah tanda sungguh dia mintak kat ALLAH. Ibu terdengar, sayu sayu ayah mintak kat ALLAH. Mintak ALLAH tolong dan permudahkan anak dia. Mintak anak dia berjaya dunia akhirat."

Terdiam tak agak-agak?
Terkelu tak?
Terkaku tak?
Tersedar apa-apa tak?

Berkat DOA IBU AYAH kita.

Kerana senjata DOA mereka, kita ada di tahap yang sekarang.
Kerana senjata DOA mereka, kita rasa smooth akhirnya walau genting jugak nak hadapi sesuatu perkara yang rasanya susahhhhh sangatttt.

Betapa ohsemnya doa ibu ayah.
Dan jika kita tak putus mendoakan ibu ayah kita, tak putus rezeki kita, insyaALLAH.

Kat belakang kita, ada 2 susuk tubuh yang doanya untuk kita, makbul. insyaALLAH
Kat belakang kita, ada 2 susuk tubuh yang support kita untuk apa je benda baik yang kita usahakan.

Andai berbeza pendapat, usah dicanggah. Bimbang lukakan hati mereka, maka baik diamkan saja. Kalau rasa mampu untuk berhujah dengan baik tanpa melukakan mereka, go on. Kita kenal parents kita macam mana kan. Kalau mereka mudah terluka, jangan dibantah bantah. Bimbang nanti kita jadi membentak. Hati mereka berantakan.

Sebelum merapu lebih jauh.. main pointnya ialah :-

DOA mereka untuk kita--> boleh jadi sebab kita rasa smooth
DOA kita untuk mereka--> boleh jadi asbab kita murah rezeki
Luka yang kita tusuk dalam hati mereka--> boleh jadi asbab hati rasa gundah gulana.

No comments: